Sekolah ialah tempat kita belajar dan menimba ilmu. Lantarannya alam sekitar kawasan sekolah yang kondusif akan mempengaruhi pelajar menuntut ilmu dan menelaah pelajaran. Sebagai pelajar, kita seharusnya menjaga kebersihan dan keindahan sekolah. Setiap pelajar akan berasa selesa jika persekitaran sekolahnya bersih dan ceria. Bak kata peribahasa, “Hendak seribu daya, tak hendak dalih.” Oleh itu, pihak sekolah perlu mengaturkan strategi yang dominan untuk menceriakan kawasan sekolah.
Salah satu langkah yang dominan untuk menceriakan kawasan sekolah adalah mengadakan program bergotong-royong. Aktiviti bergotong royong harus diadakan berkala untuk membersihkan kawasan sekolah. Aktiviti ini perlu melibatkan seisi warga sekolah. Gotong-royong bertujuan untuk memastikan setiap warga sekolah dapat bekerjasama untuk menjaga kebersihan sekolah. Selain itu, kerja dapat disiapkan dengan cepat dan mudah, bak kata pepatah,yang berat sama dipikul, yang ringan sama dengan dijinjing. Pada hujung minggu,pelajar sekolah boleh hadir untuk aktiviti gotong-royong. Contohnya, pelajar dikehendaki memungut sampah atau membersihkan longkang.
Tindakan yang seterusnya adalah mengadakan taman bunga di sekolah. “Program Sekolah dalam Taman” patut diadakan dengan menanam pokok-pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau di kawasan sekolah. Lantarannya persekitaran sekolah lebih nyaman dan berudara segar. Dalam situasi ini, pelajar-pelajar juga boleh membawa pokok bunga dari rumah untuk ditanam di kawasan sekolah. Landskap sekolah juga patut dilengkapi dengan kolam ikan dan gunung-gunungan serta pondok atau bebalai untuk membaca. Nescaya pelajar lebih selasa dan minat untuk menuntut ilmu dalam persekitaran seperti taman daripada bangunan konkrit yang kaku.
Di samping itu pihak sekolah boleh mengecat bangunan semula. Mengecat bangunan boleh mencantikkan sekolah. Pelajar juga akan berasa seronok untuk datang ke sekolah yang berseri-seri. Cogan kata ada menyatakan , “sekolahku syurgaku.” Dengan bantuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru, pihak sekolah boleh menyediakan cat dan berus cat. Pelajar juga boleh bekerjasama bagai ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk mengecat pagar dan dinding bangunan sekolah. Kelab atau persatuan kokurikulum juga digalakkan melukis di dinding sekolah. Mereka boleh melukis gambar landskap, pemandangan, lukisan dan corak serta cogan kata. Dalam konteks ini, sekolah kelihatan lebih cantik dan lebih sesuai untuk belajar.
Dalam pada itu, pertandingan kelas terbersih perlu diadakan setiap minggu. Melalui aktiviti ini, setiap pelajar akan menjalankan tugas masing-masing untuk membersihkan kelas mereka, seperti mengelap cermin tingkap, menyapu lantai dan mengemaskan meja dan kerusi. Guru bertugas harian akan memantau dan menilai kebersihan kelas setiap hari. Kelas terbersih dan terkotor akan diumumkan dalam perhimpunan mingguan. Kelas terbersih akan diberikan sijil penghargaan. Sebaliknya kelas terkotor perlu didenda untuk menjalankan pembersihan pada petang, seperti mencuci tandas dan kantin. Secara anjakan paradigma, pelajar akan mengamalkan tabiat menjaga kebersihan dalam kehidupan sehari-harian mereka.
Selain itu, sekolah juga perlu menjalankan Program 3K. Program 3K bermaksud mengutamakan Kebersihan, Keindahan dan Keselamatan. Dalam program ini, pihak sekolah perlu memastikan kawasan sekolah dalam keadaan yang bersih, indah dan selamat. Hal ini demikian kerana pihak sekolah sentiasa mengadakan pemeriksaan dan penyeliaan dari semasa ke semasa. Lebih-lebih lagi, pihak Kementerian Pelajaran akan membuat pemantauan terhadap sekolah tersebut. Hal ini akan memangkinkan semangat pihak sekolah untuk memastikan program berjaya diadakan. Sebagai impaknya, program 3K perlu diadakan di sekolah.
Intihanya, semua warga sekolah hendaklah bekerjasama untuk menceriakan sekolah. Dalam hal ini, guru,pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah perlu bersama-sama menjaga persekitaran sekolah supaya bersih dan ceria.
96 replies on “CARA-CARA UNTUK MENCERIAKAN KAWASAN SEKOLAH”
bagus
sangat bagus!!!!
x d pa pe…….hihihihihi
memang bagus
memang karangan gred A!!
karangan ni kurang ungkapan & peribahasa yang menarik utk menjadikan karangan ni lebih panjang….kuharap karangan ni akan jadi panduan ku lagi
stupid commen…Don’t read my karangan LAGI!!!!!……ORANG BODOH!!111!!!!!
keshwini innocent comment just don’t write ur essay anymore!!! LOL
Get out!
Don’t come back you crazy punk!
btl mmang stuju dgn angkapan mu.. yg terburuk dan tak berketerampilan skali adelah karangan ni salin dan tunjuk drp buku rujukan je..hehe.. ku terjumpa drp buju rujukan ku jugak.. lastly, minte maaf ye.. jika tersilap cakap ku..
betul betul… don’t think bout the other innocent people… just believe urself!!
i love ur comment!!!!
Fakta-fakta yang kamu telah ulaskan sangat dihargai. Saya kagum dengan kerja anda. Bagus! 😀
Saya amat setuju dengan anda! 🙂
Finally a perfect essay for me to look, TKS
me too
betul kata itu
bagus!!!!karangan yg bagus!!!!!tpi panjang sangat…..
betul tu saya setuju, sepatutnye 6 perenggan jer…
bagussssssss
sye hrp buat yg lbh trbik lgi ye…
😀
SAYE SUKA KARANGAN NI…..
I AM VERY HAPPY NI YOUR KARANG
saye suka kamu punya karangan.
saye suke awk punye format karangan.
i am very happy because this karangan.
i read and i like this karangan
bes!!
terima kasih atas perkongsian tersebut.
its good……………….10x
mira says
karangan yang terbaik…
sangat bagusssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss
walau pown panjang tapi dia amat berguna bt0l kan… 🙂
ye lah tu bergna,gna untk mniru adalh……
eleh..macam awak tu x mniru :p
haah.betul tu betul
biasalah last2 minute ni
betul cakap insyirah tu…. kita sebagai saudara sesama islam tak boleh bergaduh
best nya cara-cara menceriakan kawasan sekolah:)
sangat bagus!!!GoOd LuCk.,…….. 🙂
mantap!! 🙂
lousy…..
who said this essay are lousy….👊👊👊👊👊👊👊👊👊👊👊👊👊👊👊….you want this or👄👄👄👄👄👄💏💏💏💏 this
nicely done.. 🙂
saya sokong…📢📢📢🇲🇾🤗
i like 😛
i like too….:) but so long la this karangan…
i love you….👄💏👰🏻💖can i marry with you…
karangan tu okay tapi cuba pelbetulkan sedikit karangan ni supaya menjadi lebih baik good luck =)
lain kali tulislah karangan langkah keselamatan di sekolah tq…..:)
kasar nyerrrrrrrrrrr….. bahasa…💪💪💪💪👊👊👊👊👊
Isi-isi sangat padat dan pendahuluan sangat bagus..confirm 5stars!!saya sangat suka..
betul betul
i like it very much and very good x100
sangat bagus !!!!!!!!!!
very good hahahahahahaahhaahhahaha boleh meniru lah
TQ
tiru secara bijak tau…. jangan tiru bulat bulat tau
comender says;
saya nak contoh cadangan mengekalkan kebersihan sekolah
senang tetepi terlalu panjang
i like 🙂
i like this karangan
because i want to study hard UPSR its coming soon
i will study hard because UPSR its coming soon
it is to good for us bekause i love my family
Terbaik karangan…
Sampai cikgu bagi 27markah dalam bahagian B…..
karangan ko sangat 2 bagus…..dapat A
is very good by karang
karangan po pelax
nice !!
karangan ni memang berguna untuk membuat tips ujian UPSR.
karangan ni memang best dan terbaik buat pelajar sekolah
its good and help for us because UPSR is coming soon…….
Blog ni bnyk memberi tunjuk ajar kepada saya. So I would like to thank the writer.
orang kata dialog bukan karangan
sapa like aku i like this
tapi ok juga karangan kau ni mantap dan bagus sekali la
bagusnya karangan ini i like it.^..^
saya setuju dgn cadangan fatinhumairahazmi
bukan awak ke orangnyerrrr…..
karangan yg toppppppp la
i get idea to clean our class.It is sooo good. thanks
ALHAMDULILAH AKHIR NYA…………..SIAP JUGAK LATIHAN NI
TERIMA KASIH KEPADA ANDA DIUCAPKAN
#THANKS___YOU
Bogus ya
Bagus..useful
banyaknya comment
SANGAT BAGUS
WOw
ianya sangat bagus,tetapi ianya sangat panjang juga.>_<
Saya fikir ini adalah idea karangan yang baik.
Saya fikir ini idea yang bagus
Baguslah!
Terima kasih
sangat baik sekali
sangat baguss
Alhamdullilah UPSR aq 5A 1B inyaallah spm aq bejaya aminnnn
Karangan yang bagus 😛
saya suka dengan karangan cara cara untuk menceriakan kawasan sekolah kini saya dapat markah tinggi dlm membuat karangan ini
Thank you…..I like karangan ni.
hg buat elok ii kit
terbaik karangan nie!!!
Yeay dapat tiru bulat bulat💪