-
Berdasarkan bahan rangsang berikut, huraikan pendapat anda tentang kepentingan permainan tradisional . Panjang huraian anda hendak antara 200 hingga 250 patah kata.
-
Berdasarkan bahan rangsang berikut, huraikan pendapat anda tentang cara-cara mengembangkan permainan tradisional . Panjang huraian anda hendak antara 200 hingga 250 patah kata.
Kepentingan permainan tradisional
Pada era pascamodenisasi ini, rakyat kita telah menikmati pelbagai kemajuan dan pembangunan fizikal yang pesat. Ironinya pelbagai warisan nenek moyang kita semakin dipinggirkan oleh masyarakat kita, terutamanya golongan muda. Salah satu khazanah kebudayaan kita yang semakin luntur dalam gaya hidup yang moden ini ialah permainan tradisional kita yang terdiri daripada congkak, wau, gasing dan sebagainya. Oleh itu, generasi muda perlu disedarkan tentang kepentingan permainan tradisional kepada bangsa dan negara.
Salah satu kemaslahatan permainan tradisional ialah permainan ini merupakan kebanggaan aset budaya bangsa Malaysia. Hal ini demikian kerana permainan tradisional adalah ciptaan nenek moyang kita yang melambangkan ciri-ciri kebudayaan bangsa kita. Permainan tradisional tidak boleh disamakan dengan permainan elektronik atau permainan siber. Alat permainan tradisional juga merupakan satu seni budaya yang amat unik dan terunggul. Sebagai contohnya, wau bulan telah dihias dengan kertas warna-warni yang dilukis dan digunting dengan cantik nian. Jika permainan tradisional kita telah lenyap di bumi kita, apakah kebudayaan yang dapat memperlihatkan maruah bangsa kita? Ingatlah peribahasa, “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.”
Tambahan pula, permainan tradisional juga merupakan satu daya tarikan yang signifikan dalam industri pelancongan. Selain menyaksikan pemandangan alam semula jadi yang indah dan menikmati juadah yang lazat di negara kita, para pelancong pasti ingin menghayati corak budaya kita yang berwarna-warni. Lantaran itu, permainan tradisional berupaya memukau hati pelancong yang melawat ke Malaysia. Seperti peribahasa, “Tak kenal maka tak cinta“, setelah diperkenalkan kepada pelancong, lazimnya mereka akan berminat dan turut bermain dengan seronoknya terhadap permainan tradisional. Rentetan daripada itu, hotel- hotel lima bintang dan pusat peranginan yang terkemuka di negara kita patut menyediakan tapak dan alat permainan tradisional kepada pelancong asing kita. Hal ini bukan sahaja dapat memangkinkan industri pelancongan tetapi juga memperkenalkan kebudayaan kita kepada bangsa lain, seperti peribahasa, “serampang dua mata.” Ternyata, permainan tradisional merupakan salah satu tarikan dalam industri pelancongan.
Lebih-lebih lagi, permainan tradisional dapat mengukuhkan hubungan masyarakat kita yang berbilang bangsa dan sentiasa sibuk mengejar kekayaan duniawi. Dengan adanya permainan tradisional itu, pelbagai kaum dalam masyarakat kita dapat bermain bersama secara beramai-ramai. Tamsilnya, terdapat kawasan lapang yang sering dibanjiri oleh orang ramai untuk bermain layang-layang. Peminat itu tidak mengira bangsa dan budaya tetapi bersama-sama memperlihatkan lelayang yang beraneka corak . Mereka juga berkongsi idea dan pendapat tentang lelayang mereka. Tidak hairanlah akan tercetusnya suasana yang muhibah dan harmoni dalam masyarakat. Mereka turut melegakan tekanan dan menghabiskan masa bersama dengan keluarga sendiri. Senario ini jauh lebih baik daripada individu yang asyik bermain permainan komputer di kamar sendiri tanpa berinteraksi dengan orang lain.
Natijahnya, permainan tradisional merupakan khazanah warisan yang tidak ternilai. Oleh itu generasi muda bertanggungjawab untuk melestarikan khazanah ini daripada generasi kepada generasi, seperti peribahasa, “Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.” Walaupun zaman beredar, tetapi segala warisan yang baik dan sejati perlu diperkukuh supaya bangsa kita tidak digelar sebagai etnik yang tidak berakar umbi dan sentiasa terhanyut oleh arus globalisasi.
Cara-cara untuk Mengembangkan Permainan Tradisional di Negara Kita
Dasawarsa ini, negara kita sedang menempuh arus globalisasi dan modenisasi sehingga mengalami pembangunan yang pesat sekali. Sehubungan dengan itu, permainan tradisional turut dipandang enteng dan dikesisikan oleh masyarakat kita daripada arus perdana. Hal ini berkait rapat dengan perkembangan permainan komputer dan permainan siber yang popular dalam kalangan remaja dan belia kita. Adakah kita sanggup membiarkan khazanah kebudayaan kita ditelan dalam pengedaran zaman dan lenyap dalam bumi kita? Tepuk dada tanya selera. Sebelum nasi menjadi bubur, kita perlu mencari pendekatan yang efisien untuk membangkit permainan tradisional di negara kita semula, seperti peribahasa, “di mana batang terguling, di situ cendawan tumbuh.”
Sesungguhnya, Kempen Cintai Permainan Tradisional merupakan salah satu alternatif yang ampuh untuk mengembang permainan tradisional di negara kita. Kempen ini perlu dijalankan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara secara besar-besaran dengan kerjasama pihak media massa, terutamanya media cetak dan media elektronik, iaitu surat khabar dan pihak televisyen. Pihak berkenaan perlu menyiarkan dokumentari dan rencana untuk memperkenalkan permainan tradisional di negara kita, seperti wau, gasing, congkak dan lain-lain. Selain memperkenalkan sejarah dan cara bermain, pihak media perlu menyedarkan orang ramai tentang kepentingan permainan tradisional terhadap masyarakat dan negara. Pelbagai aktiviti harus dianjurkan sempena kempen tersebut, seperti peraduan karang-mengarang, pameran, dan peraduan poster dan sebagainya, bak kata peribahasa, “ tak kenal maka tak cinta.” Lantarannya golongan muda pasti terpengaruh oleh kempen tersebut dan berminat terhadap permainan tradisional kita.
Selain itu, pihak sekolah perlu menjadikan permainan tradisional sebagai kegiatan kokurikulum di sekolah. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah harus digalakkan supaya menubuhkan kelab atau persatuan permainan tradisional. Berpaksikan kelab permainan tradisional, pelajar boleh diajar tentang cara membuat alat permainan, cara bermain dan lain-lain lagi. Setelah disuntik ilmu itu, pelajar akan berminat untuk melibati permainan tradisional tersebut. Generasi muda merupakan tunjang yang bakal mewarisi pucuk kepimpinan dan mewarnai masyarakat kita kelak. Nescaya pelibatan pelajar secara langsung dalam permainan tradisional dapat memajukan permainan tersebut di tanah air kita daripada membiarkan seni budaya kita terus lenyap dan pupus begitu sahaja. Bak kata peribahasa, “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”, atas komitmen pihak sekolah, putera-puteri yang sedang berjuang dalam medan ilmu pengetahuan dapat bergiat aktif dalam permainan tradisional untuk melegakan tekanan sebagai kegiatan riadah.
Sementelahan pula, pertandingan merupakan inisiatif yang dominan untuk membangkit permainan tradisional dalam masyarakat kita. Hal ini demikian kerana sebagai fitrah, manusia memang suka bertanding dan berlaga. Lantarannya, pihak Kementerian Kebudayaan dan Kesenian Negara, Jabatan Pelancongan Malaysia dan agensi kerajaan boleh bergabung dengan korporat seperti Proton, TM Net dan Maxis untuk menganjurkan pertandingan permainan tradisional dari peringkat sekolah, daerah, kebangsaan hingga antarabangsa. Salah satu contoh yang terbaik ialah Festival Layang-layang Antarabangsa di Pasir Gudang , Johor. Pertandingan layang-layang itu berjaya menarik peminat-peminat permainan tersebut dari seluruh dunia untuk mengambil bahagian. Hal ini berjaya mempromosikan pelancongan dan permainan tradisional kepada pelancong asing, selaras dengan peribahasa, “menyelam sambil minum air”.
Secara intihanya, permainan tradisional harus dilestarikan supaya tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Jika semua pihak bersikap acuh tak acuh dan hanya melepaskan batuk di tangga, khazanah budaya kita pasti akan lenyap di bumi kita. Ingatlah peribahasa, “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.”
91 replies on “Karangan Rangsangan: Permainan Tradisional”
nice info..
terima kasih amat berguna untuk dijadikan rujukan
Superb Essay. Thank You teacher….
bagus.
okay lah
ok la tu
awsome!!!!! and perfect….
like it!!!!!!
awsome and perfect….
like it
karangan yg bgus
Are you the one in Klang or Kuala Lumpur?
ok this is great
thx for help me 🙂
karangan yg cangil
bny info yg dpt dibelajar @
peribahasa juga
ok are jgk
hands up to you teacher
bagus!!!
banyak peribahasa!!!!
nice entry!
Its helpful..
cikgu tak ada ke contoh karangan kebaikan membeli barangan buatan malaysia
thanks a lot……bnyk isi penting.bgus sngat…
hebat….
but this is a karangan rangsangan it should not have so many words
alright!!!!!!!!!!!!!!!!!!!I SURRENDER TO YOU MY MASTER SHIFU!!!!!
bagus!!!!!!!!!
terima kasih krn membantu sy mendapatkan maklumat
Like.. =)
lol its awesome
terbaik punya
teruskan usaha anda
🙂
Wahahaahahaha.
Whoever who did this, I Love you !!
Thanks thanks thanks !
This surely ll help me in my upcoming exam !
nice!!!!!a marvellous essay~the vocabulary is advance~
bnyak perkataan baru boleh di pelajari 🙂
terbaekk !
nice…:P
wow its really nice essay…..10q PN:TAN
thank you teacher:)
thank you
a very nice and updated info….
soalan bocor spm
ur h
nmpak mcm dah lebih 250 patah perkataan..??
ni msti ambil stpm.. huhu ..
trime ksih..amat berguna kepadaku..skali lagi trime kasih..
thanks teacher it really helpful for me
terima kasih untuk info di atas
biasa je ..
Terima kasih (: Tapi peribahasa melepaskan batuk di tangga itu sepatutnya melepaskan BATOK di tangga. Orang zaman dulu sebelum naik ke rumah akan basuh kaki menggunakan air dalam tempayan di tepi tangga luar rumah. Bagi mencedok air dari tempayan tersebut, batok digunakan (: bentuknya seperti senduk.
Orang yang bersikap tidak ambil peduli sama seperti melepaskan batok di tangga begitu sahaja, langsung tidak meletakkan batok tersebut di tempat asal.
Bnyk yg dpt sye pelajari….
Thankiew! Sangat berguna untuk kerja rumah saya!
apakah langkah2 perlu diambil supaya ia tidak dilupakan permainan congkak
nice…berbeza dgn taraf karangan yg saye buat slama ni…
good essay 🙂
terima kasih…
nice essay..i like it..
You Are Awesome !
goog esei..
terima kasih
terima kasih…karangan saya berbeza sekali dengan karangan seperti ini..banyak membantu untuk mencari isi tajuk karangan yang sama…
Wah, memang karangan yang canggih & THE BEST for secondary student like me!:-)
karangan yg terbaik,,,,,trima kasih Cikgu Tan..:)
thanks a lot
thanks
tenz..banyak isi yang dapat saya ketahui…(n_n)
Perfeck ~ mudah difahamii , banyak memberi. Info 🙂
It’s awesome teacher..
awesome
tanx….. it is srsly gud….. hope u cn give more brilliant essays like this… =)
awesome…
perkataan baru yg canggih…superb…
wow this essay is incredible…..
The best out of the best essay I’ve read for my entire life. My salty goes up to you. This is what Malaysia needs. Thank you so much, it really helps. A LOT.
like :33 byak kate 2 baru dpatt dipelajarii …
nice
trimas krna byk m’beri sya idea utk mnulis krgan…thank a lot ㅁ_ㅁ
cool essay
Terima kasih tentang karangan sangat berguna
Blog tak menarik! Warna pudar semacam! Nota terlalu ringkas! Hanya 250 patah perkataan sahaja. apa kejadah nak baca! Tuihhhh!
i very liked this karangan sorry that was mistake
terbaik la..thank dpat mmbantu saya dlam karangan
this is so great & very helpful. good job!
Thank you for a nice essay.how kind of you.once again thank you sir.
Terima kasih atas maklumat yang dikongsi
karangan yang sangat panjang
Thx 4 information!! 😉
terima kasih amat membantu
OK
Bagai melepaskan batok di tangga.baru betul.
bagus
Super great tak terfikir langsung…
Super karangan
Like an awesome
chaiyokk arr
is this cikgu Tan CL
Terima kasih Cikgu Tan kerana membantu. karangan ini amat membantu saya yang sedang dalam kesusahan seperti sekarang. Esok isnin , saya patut hantar esok tapi saya belum siap . Ianya agak membantu saya .
awesome ….
Nice info. Thank you very much.