Dasawarsa ini, negara kita telah dilanda oleh gelombang inflasi secara global. Setiap pengguna tidak dapat melepaskan diri daripada kepompong inflasi. Sehubungan dengan itu, segenap masyarakat diseru supaya mengimplementasikan amalan berjimat cermat dalam rutin hidup mereka untuk menghadapi keperitan itu. Semua ajaran agama mengajar penganutnya agar berjimat cermat dan tidak membazir dalam kehidupan. Filosofer Laotze berkata, “Kehidupan membazir dan tamak akan mendorong manusia ke arah kebinasaan.” Hal ini memanifestasikan bahawa betapa pentingnya amalan berjimat cermat dalam kehidupan sehari-harian kita.
– Seperti pepatah , “malang tidak berbau”, iaitu manusia tidak dapat menduga segala bencana atau kecemasan yang terdiri daripada menghidap penyakit, kemalangan , kebakaran dan sebagainya. Ketika berlakunya sesuatu kecemasan, wang sering menjadi faktor utama untuk kita menyelesaikan banyak masalah. Di manakah kita dapat memperoleh jumlah wang yang banyak untuk menghadapi sesuatu yang tidak diingini, terutama menjalani pembedahan? Adakah kita perlu menghulurkan tangan untuk meminta bantuan? Sebaliknya segala masalah dapat dikekang atau diminimumkan jika kita dapat berjimat cermat dan sentiasa bertabung dalam kehidupan sehari-harian. Kita perlu sentiasa mengingati peribahasa Melayu, “Sediakan payung sebelum hujan.” Tuntasnya, amalan berjimat cermat merupakan tindakan berjaga-jaga untuk membuat persediaan sebelum berlakunya sesuatu kecemasan kerana panas tidak sampai ke petang.
Tidak dapat dinafikan bahawa amalan berjimat cermat merupakan mangkin yang efektif untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Hal ini demikian kerana manusia sedang mengeksploitasikan sumber alam semaksimumnya tanpa memikirkan akibat yang bakal dihadapi. Jika manusia dapat mengubah kehidupan mereka dengan berjimat cermat dari segi makanan, penggunaan bekalan air dan elektrik serta kertas dan lain-lain lagi, kita sedang menuju ke arah menyelamatkan bumi kita daripada mengalami kemusnahan. Gara-gara manusia mengejar kemewahan hidup dan bersikap boros, banyak khazanah alam telah diteroka terutamanya bahan galian dan hutan. Bayangkan suatu hari nanti, manusia terpaksa bunuh –membunuh dan berperang kerana merebut bekalan air. Bak kata peribahasa, “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna” dan “jangan terhantuk baru tengadah”, kita perlu berjimat cermat dalam penggunaan setiap benda sebagai langkah mencintai alam kita.
Saban hari isu ceti haram atau along sering menghiasi dada akhbar sehingga mangsa tersebut membunuh diri malah membunuh sekeluarga kerana tidak larat lagi menghadapi penganiayaan along yang bermaharajalela. Ketika mengamati berita ini, kita dapat mengetahui bahawa mangsa berkenaan tidak mahir mengurus pendapatan mereka. Lazimnya mereka tidak bersikap ukur baju pada badan sendiri tetapi membesarkan kerak nasi dalam perbelanjaan. Walhasil, mereka sentiasa berhutang keliling pinggang. Sebaliknya jika kita sentiasa berbelanja secara hemat tanpa boros, kita pasti dapat menyimpan wang yang berlebihan dalam simpanan bank atau melabur dalam skim amanah saham untuk keperluan masa depan. Ternyata amalan berjimat cermat berupaya menguruskan perbelanjaan secara teliti bagai menarik rambut dalam tepung daripada berhutang
• Bukan itu sahaja, amalan berjimat turut menjamin masa depan yang lebih cerah. Setiap umat perlu pandai merancang masa depan mereka sejak kecil lagi. Kita perlu berjimat cermat dalam segala perbelanjaan kita dan menyimpan wang untuk kegunaan masa kelak kita. Bak kata peribahasa, “ikut hati mati, ikut rasa binasa”, jika kita berbelanja berdasarkan nafsu, pendapatan kita akan habis pada hujung bulan. Bagaimana kita dapat merancang masa tua setelah pencen? Bagaimanakah kita dapat membayar kos pendidikan anak kita. Jika kita dapat menjimatkan setiap perbelanjaan yang tidak diperlukan, nescaya kita dapat menyimpan sejumlah wang dalam tabung. Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Wang yang dijimatkan itu dapat dirancang demi masa depan yang lebih cerah. Oleh itu ketika berbelanja, kita perlu mengingati peribahasa, “ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.”
Natijahnya / Akhirulkalam, amalan berjimat cermat merupakan nilai murni yang diajarkan oleh setiap agama di dunia ini. Berpaksikan amalan ini, kita dapat hidup dengan kesederhanaan tanpa membazir. Sehubungan dengan itu, kehidupan kita akan lebih harmoni, sentosa dan bahagia sehingga mewujudkan masyarakat sakinat.
53 replies on “Karangan – Kepentingan Amalan Berjimat Cermat”
Cikgu, bolehkah saya memberikan karangan yang saya tulis (mana-mana karangan yang saya tulis) kepada cikgu untuk disemak? Saya ingin tahu cara cikgu menyemak karangan.
best betul karangan cikgu
what should i say, its awesome ! thanks a lot sir 🙂 you’re such a good blogger ever
karangan cikgu baik dan saya dapat banyak pengetahuan melaluinya. 🙂 bolehkah cikgu post lebih banyak karangan seperti yang berkaitan dengan perubatan tradisional, bioteknologi dalam pertanian dan lain-lain ? terima kasih cikgu…
saya nak teknik membuat karangan kertas 1 bahagian b
Sia Zheng Cheng : kenape awk ingin tahu sangat ..?
adakah awk ingin menjadi seorang guru ..?
maafkan saye kalau bertanye ..
best jugak yer karangan fakta ini ..
saye suke akan karangan fakta ini ..
i love uuu ..
jgn katekan yg karangan fakta ini tidak bagus tau ..
kene pelempang ngan cikgu saye baru tau ..
ahahahahahah ..
hahaha ..
Saya rasa….. ko rempit sikit ah cara ko bertutur
waaaaaaaaaaaahhhh…..i like this…
u’re the best 🙂
Karangan cikgu sangat membantu saya dan rakan-rakan.Saya harap cikgu dapat menambah lagi koleksi karangan cikgu tentang isu-isu yang popular di negara kita….TERIMA KASIH :]
tq cikgu…
awk punya website x de kerrr tentang karanggan kaedah berjimat cermatt klau ade plese antar kan kat facebook.sayaa
asalammualaikum cikgu ,
karangan cikgu sungguh membantu penulisan karangan saya . Untuk pengetahuan cikgu saya sangat lemah dalam mengarang karangan ini . saya sentiasa mendapat keputusan yang kurang memuaskan , tahun ini saya akan menghadapi PMR tapi saya kurang yakin karangan saya kurang dengan pengetahuan .
Terimakasih cikgu atas bantuan karangan di atas 🙂
terima kasih x payah la sya susah pkir nk buat karangan
btol…btol…
krangn yg bgus….i like it…..(n_n)….
salam…..
karangan cg sgt membntu sya..
terima kasih cikgu*upin ipin*
saya ucapkan terima kasih kepada cikgu kerana karangan-karangan seperti ini pasti dapat membantu saya dalam memperbaiki karangan saya…saya juga ingin meminta cikgu untuk postkan lebih banyak karangan seperti karangan berdasarkan bahan ransangan….
saya sebagai calon PMR 2012…..
wah . . . karangan ni sesuai dng spm kn cikgu ? cikgu terima kasih ^^ dng laman web ni dapat la sye cari idea2 utk membaiki karangan sye
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
<3<3<3 nice karangan <3<3<3
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
saya suke karangan yg cikgu beri nnt cikgu jgn lepa tau post byk lagi karangan 🙂
so long huh
penggunaan bahasa dan tatabahasa cikgu sangat memukau dan menarik minat saya tetapi isi yang cikgu nak sampaikan kurang berkesan dan tidak begitu jelas. saya harap cikgu dapat muat naik lagi banyak contoh karangan yang pembelajaran kami.
great !
thanks for helping me !
tima kseh…sgt membantu…buatla byk2 lgi
thank you cikguuuuuu
terima kasih. karangan anda sangat membantu
Thanks ! Cikgu !
sye suke karangan ckgu tan nie
thank you…… dah siap pown omwork bm……..:) 🙂 🙂
cikgu,contoh karangan untuk UPSR tidak ada ker cikgu?
cikgu blh tak tlg beri rangka karangan sekali
cikgu xjmpa karangan peribahasa
cikgu ini untuk SPM kan,UPSR x de ke??
Thanks 🙂
terima kasih
ittoras soris soras sorap sora…mape la na…?
VERY GOOD KARANGAN
SAYA MAHU KARANGAN ENGERIS YANG BAIK CIKGU
BLAAA LA. G MMPOS
Bagus jugak karangan cikgu ni. Saya memperolehi bnyk pengetahuan disini
karangan bagus
Minta maaf puan saya nak karangan yg bertajuk kepentingan berjimat cermat boleh tak
Ini karangan jenis apa pendapat ke apa? Tq
Tolong balas
It’s a good one. Thank you
terima kasih..karangan yang sungguh hebat dan menakjubkan.😃
terima kasih..karangan yang sungguh bagus untuk dijadikan contoh kepada pelajar
Karangan yang baik 👍👍👌
boleh x kalau saya nak copy karangan terbaik ni
Cikgu,bolehkah bagi untuk saya karangan yg kebaikan berjimat cermat dalam poneform