Latihan ayat aktif dan ayat pasif.
Contoh:
- Mereka tidak dapat menjelaskan hutang sebelum hujung bulan ini.
Subjek : Mereka
Objek : hutang
Kata kerja transitif: menjelaskan
Jawapan:
Hutang tidak dapat dijelaskan oleh mereka sebelum hujung bulan ini.
2. Ia/Dia sentiasa membersihkan dan mengemaskan rumah kami dengan penuh tanggungjawab.
Subjek : Ia/Dia
Objek: rumah kami
Kata kerja transitif: membersihkan dan mengemaskan
Jawapan:
Rumah kami sentiasa dibersihkan dan dikemaskannya dengan penuh tanggungjawab.
3. “Kalian perlu menjelaskan hutang selewat-lewatnya hujung bulan ini”, kata ceti haram itu.
Subjek : Kalian (Kata ganti diri kedua)
Objek: hutang
Kata kerja transitif : menjelaskan
Jawapan: (Jika subjek ialah kata ganti diri pertama atau kedua, kata kerja pasif tidak boleh ada imbuhan “di”.)
“Hutang perlu kalian jelaskan selewat-lewatnya hujung bulan ini, “ kata ceti haram itu.
Sebelum membuat latihan ayat aktif dan ayat pasif, semua murid perlu membezakan kata ganti diri pertama dan kedua daripada yang lain. Selain itu, para murid perlu menguasai imbuhan “Me” dengan huruf-huruf tertentu, seperti berikut:
Imbuhan | |
Me | l, m, n, r, y, ng, ny |
Mem | b, (p), (f), pr,pl |
Men | c, d, j, (t), z, sy |
Meng | a, e, i, o, u, g, h, (k), kh, kl,kr |
Meny | s |
menge | Satu suku kata seperti tin, pos, bom, syor, sah,…… |
Latihan tukar ayat aktif kepada ayat pasif.
- Encik Sofiah membuat pinjaman bank untuk menjalankan projek penternakan ikan tawar.
- Beberapa orang pekerja sedang menebas semak samun di kiri dan di kanan lebur raya itu.
- Hakim telah menjatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat terhadap peragut yang menyebabkan kematian seorang wanita yang mengandung.
- Hakim telah menjatuhi ketua sindiket itu hukuman gantung sampai mati.
- Kini kaum petani telah mengetinkan hasil buah-buahan setelah menjalani kursus industri kecil dan sederhana anjuran MARA.
- “Saudara perlu segera menghadiri temu duga itu jika hendak mendapat pekerjaan itu,” kata kerani itu kepada saya.
- Saya telah menerima surat pelantikan sebagai jurulatih bola sepak pasukan sekolah kamu.
- Ibu telah memasakkan ayah kari kepala ikan.
- Saya telah memasak lauk ikan untuk ayah.
- Setelah membuat segala persiapan, kami sekeluarga pun menyambut para tetamu di luar dewan .
- Kami telah mengesyorkan usul itu kepada pihak berkuasa agar mengambil tindakan dengan segera.
- Selain berbuat bising, pelajar-pelajar itu juga suka mengganggu guru yang sedang mengajar di dalam kelas.
20 replies on “Latihan Ayat Aktif dan Ayat Pasif”
I really need this. Thank you 🙂
joke
Ayat aktif ke pasif maksudnya objek dahulu baru subjek dan kemudiannya kata keterangan… apa kata contoh soalan > baginda akan merasmikan majlis pelancaran tabung bencana rakyat pakistan yang dilanda gempa bumi baru-baru ini ? adakah yang dilanda gempa bumi baru-baru ini juga maksud kata keterangan?
thanks a lot cikgu
thanks cikgu
Some questions are so confusing. Please check questions number 5.. Btw, this questions help me a lo. Thank you!
goooooooooooooooooooooooooooooooooooood………………………………….
excellent
terima kasih cikgu tan kerana telah mengajar kami budak elektronik tahun 2 walaupun cikgu cuma mengajar kami untuk satu semester saja.Segala tunjuk to ajar cikgu kami akan ingat sehingga kami menggengam segulung diploma nanti.saya Hamirul bin hamdan wakil pelajar elektronik tahun 2 ingin menyusun sepuluh jari meminta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Kami ingin meminta maaf kalau ada tersilap bahasa dan kerana selalu bising ketika kelas cikgu.kami ingin meminta restu dari cikgu agar mendoakan kejayaan kami.walaupun perkenalan kita cuma sekejap tapi yakinlah bahawa kami tidak pernah melupakan jasa cikgu bak kata peribahasa ilmu itu pelita hidup. terima kasih sekali lagi kerana telah memberi kami ilmu yang berguna. akhir kata dari kami,maafkan kesilapan kami semua kerana tidak dapat membanggakan cikgu.kesimpulannya,tanpa cikgu siapalah kami,tanpa cikgu ke manalah hendak kami tuju dan tanpa cikgu kami tidak akan berjaya.kami umpama lilin dan cikgu umpama api kerana cikgulah kami bercahaya.terima kasih cikgu kerana telah menggilap permata usang ini.
Terima kasih Cikgu Tan,kami harap cikgu membaca luahan hati kami ini.jasa cikgu akan kami kenang.
Yang benar
Hamirul Bin Hamdan
orite
Good……..
Terima Kasih Cikgu
Kenapa tak boleh buka dan tengok jawapan
thank you very much for the information. it helped me a lot 🙂
Terima kasih
Sekalung penghargaan, terima kasih atas perkongsian
TERIMA NKASIH
terbaik punya soalan bocor
Terima kasih Dr. Tan
Saya minta izin guna ye soalannya, terima kasih cikgu.