Categories
Uncategorized

Sinopsis Novel Sejambak Bakti (2015)

Bab 5: Cita-cita dan Harapan

Sebelum pulang, Munir, Leong dan Silvam sedang menunggu Ramlah, Swee Lan dan Saridevi untuk mengajak mereka menonton tayangan gambar. Bagaimanapun Ramlah dan kawan-kawannya menolak ajakan itu. Munir berasa marah dan menganggap bahawa Razalilah yang menyebabkan Ramlah tidak suka akannya. Dia ingin mengajar Razali.
Keesokan hari, Munir cuba mendekati Ramlah yang sdang menyusun rak buku di kedai koperasi, lalu memberi Ramlah sepucuk surat kepadanya. Ramlah menolak dan meminta bantuan daripada Razali. Razali menegur Munir. Munir, Leong dan Silvam meninggalkan kedai koperasi itu. Ramlah juga memberitahukan hal itu kepada Cikgu Zulkifli.


Bab 6: Persiapan

Razali, Cikgu Zulkifli, Cikgu Hassan, Swee Lan, Saridevi dan beberapa orang ahli lembaga pengarah sibuk membersihkan reban-reban ayam . Sebaliknya Ramlah, Cikgu Robeah, Rozita, Harun, Sivam dan Leong sibuk mengemaskan bilik bacaan kerana minggu depan Penolong Pengarah Pembangunan Koperasi Bahagain Sekolah akan melawat ke koperasi mereka. Koperasi sekolah telah memperuntukkan RMm 30 untuk membeli akhbar dan majalah dalam bilik baca itu. Ketika mereka sibuk menjalankan tugas pembersihan, Munir bermain bola di padang. Cikgu Zulkifli pergi ke padang dan mendapati Munir telah dihalau keluar dari padang kerana bermain bola dengan kasar. Cikgu Zulkifli menasihati Munir agar melaksanakan tugasnya sebagai ahli lembaga pengarah koperasi sekolah. Munir berjanji bahawa dia tidak ponteng tugas lagi. Cikgu Zulkifli juga memberikan amaran kepada Munir supaya tidak tulis surat kepada Ramlah lagi. Munir berjanji bahawa dia tidak melakukan hal itu lagi.


Bab 7  Semangat

Encik Mansur selaku Penolong Pengarah Pembangunan Koperasi , Bahagian Fungsi Sekolah-sekolah telah melawat ke Kedai Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri, reban ayam telur dan bilik baca. Beliau memberikan pujian atas usaha dan kerjasama semua ahli lembaga pengarah koperasi sekolah itu. Dalam ucapan, beliau berharap agar koperasi sekolah dapat menyemaikan minat berniaga, semangat bekerjasama, bersatu padu dalam kalangan generasi muda.


Bab 8: Mempelajari Ilmu Perdagangan

Di Tingkatan 5C1, Cikgu Saiful, guru mata pelajaran Perdagangan telah membincangkan kepentingan prinsip akaun kepada ahli perniagaan, tetapi Munir asyik mengganggu pelajar lain. Akhirnya Cikgu Saiful menahan Munir di dalam kelas untuk menyalin semua catat sebelum pulang. Ramlah, Swee Lan, Saridevi, dan Rozita hendak pergi ke rumah Razali untuk mengulang kaji tentang prinsip akaun. Ketika Munir turut dari tangga, dia ternampak Ramlah dan kawan-kawannya bersama dengan Razali dengan muka yang masam.

60 replies on “Sinopsis Novel Sejambak Bakti (2015)”

terlalu pnjg ….saya tgk dlm buku lagi pendek daripada ini dan dpt difahami lagi dgn jelas

Thank you cikgu tan…..but i think this is not what i want…..i want a simply sipnosis

kalau boleh….buatlah sinopsis keseluruha cerita lain kali…tapi thanks sebab dh buatkan yg mcm ni pon dh membantu….

Terima kasih cikgu atas perkongsian ini. Tahun ni saya PT3,nak buat revision dari tingkatan 1. saya doakan semua calon calon PT3 memperolehi markah cemerlang ye πŸ˜€ Doakan untuk saya jugak πŸ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *