Bab 17: Semakin Jauh Terbang Burung
Untuk membuat persediaan tentang pertandingan itu, semua ahli lembaga pengarah bergilir-gilir mengurus projek mereka. Bangsal ternakan ayam dan bilik bacaan mereka sentiasa dijaga rapi. Baik guru penasihat mahupun pelajar sebagai ahli lembaga pengarah telah sibuk mengemaskan kedai koperasi mereka. Sebaliknya Munir, Leong dan Silvam ada di padang untuk bermain bola tanpa menjalankan tugas mereka. Atas arahan pengetua, Munir, Leong dan Silvam balik ke kedai koperasi. Ketika Munir berada di meja setiausaha, dia terlihat anak kunci terletak di situ lalu diambil dan ditelitinya anak kunci itu. Setelah itu, mereka bertiga tidak berpuas hati terhadap Razali kerana Razali menjadi tumpuan pelajar perempuan, terutama Ramlah. Munir ingin membuat sesuatu terhadap Razali lagi.
Bab 18: Malang Tidak Diduga
Pada malam itu , ada lembaga hitam membuka pintu dan menceroboh kedai koperasi itu. Keesokan hari, apabila Razali membuka pintu kedai koperasi itu dengan kuncinya, dia dan kawan-kawannya terkejut kerana semua barangan jualan mereka bertaburan di lantai dan wang sebanyak RM200 juga dicuri orang. Mereka segera melaporkan hal itu kepada Cikgu Zulkifli . Cikgu Zulkifli mengambil keputusan untuk melaporkan kejadian itu kepada pengetua dan pihak polis.
19. Misteri Kedai Koperasi
Dua orang anggota polis telah datang ke kedai koperasi sekolah untuk membuat siasatan. Mereka mendapati pintu kedai itu tidak ada kesan dikopak orang. Mereka mendapati bahawa hanya Razali dan pengetua memiliki kunci koperasi itu. Oleh itu Razali dan Cikgu Zulkifli telah dibawa ke balai polis untuk membuat siasatan lanjut. Semua guru dan ahli lembaga pengarah tidak percaya bahawa Razali terlibat dalam kes itu. Munir, Leong dan Silvam telah membuat sindiran bahawa Razali yang terlibat dalam kes itu. Cikgu Zulkifli, Cikgu Robeah, dan Cikgu Hassan telah berbincang dengan pengetua tentang kes itu. Cikgu Hassan bercadang supaya mereka cuba merangkap pencuri itu. Mereka bimbang bahawa kes itu akan mengganggu persiapan mereka untuk masuk pertandingan.
20. Tindakan Ayah Tiri
Ketika Pak Zakaria hendak pulang ke rumah, Munir dan dan Leong menunggung motosikal ke arahnya. Mereka memberitahu Pak Zakaria bahawa Razali terlibat dalam kes kecurian kedai koperasi sekolah sehingga disiasat oleh pihak polis. Pak Zakaria amat marah akan peristiwa . Apabila ternampak kepulangan Razali, Pak Zakaria yang berada di beranda terus memarahi Razali sebagai pencuri yang memalukannya. Dia hendak menghalau Razali keluar dari rumahnya. Mak Sopiah segera keluar dan membela Razali. Dia percaya kata-kata Razali lalu mengatakan bahawa jika Razali dihalau, dia akan mengikut Razali keluar dari rumah itu juga. Dengan geram, pak Zakaria mencapai basikalnya lalu menunggangnya dengan tergesa-gesa.
60 replies on “Sinopsis Novel Sejambak Bakti (2015)”
Terima kasih Cikgu Tang..Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa baik…
sye berterima kasih to cikgu because cikgu sanggup make this
terima kasih banyak-banyak atas perkongsian yang sungguh bermanfaaf.
terima kasih
terima kasih cikgu Tang….
manfaaf?
TERIMA KASIH BANYAK BANYAK CIKGU
lol
seriously,this novel sucks
Terima kasih di atas jasa baik Cikgu Tang. Sekarang saya tidak dimarahi oleh guru lagi hehe.
Cikgu APA contoh DLM novel untuk baik hat,kesedara,ketaatan Dan keinsafan??
Thanks sebab kongsi kat internet!!!!Senang keeja saya copy and paste!!
terima kasih cikgu..disebabkan blog sejambak bakti cikgu ini saya dapat siapkan kerja yang guru BM saya beri…xie xie
Terima kasih kerana kerana membuat sinopsis ini kerana dapat memberi kemudahan
cikgu bolehkah saya beli buku novel ini dari kedai buku. kedai buku sperti popular tidak jualbuku ini pun
terbaik
terima kasih atas sinopsis ini
terlalu pnjg ….saya tgk dlm buku lagi pendek daripada ini dan dpt difahami lagi dgn jelas
Thank you cikgu tan…..but i think this is not what i want…..i want a simply sipnosis
Terima kasih di atas perkongsian. memudahkan seorang ibu membantu anaknya belajar di rumah…
Terima kasih atas perkongsian ini..usaha yang patut dipuji..
Terima kasih, boleh buat sinopsis novel ni tpi penat nk salin lh ade 26 bab…
Wow! Thank you very much! This is so helpful for me. π
terima kasih cikgu tang tiada perkataan yang dapat dikata
thanks cikgu Tan!
saya bagi 3 bintang..Lol…
cikgu saya suruh salin semua ini dan sekarang saya stress…..
TAK CUKUP MAKLUMAT
Terima kasih banyak banyak atas perkongsian ini. Ianya amat memberi manfaat untuk saya.
Thank you….Chantekkk aaa….
Terima kasih untuk nota yang berguna ni. Harap esok saya dapat jawab ujian dengan baik
thank you cikgu
Banyak kosa kata dan ejaan yg salah
Terima kasih kepda yng mmbuat sinopsis ini kerana mereka tlh menylamatkan saya drpda kena rotan olh cikgu
terima kasih senang nak faham
terima kasih saya akan salin contoh ini agar mudah difahami
Macam mana nak kami tulis singkat
Sebab cikgu suruh dlm singkat
perkongsian yang amat berguna.terima kasih
Terima kasih cikgu untuk pertolongan cikgu
bagusssssss betel
π
Novel yang cikgu bagi memang terbaik dan berkesan..(^_^)(-_-)
Bolh tk buat persoalan,perwatakan,latar masa dan tempat mengikut babπ .Terima kasih kerana berkongsiπ
Ada perkataan yg salah iaitu ‘turut’ yg sepatutnya ‘turun’
thank you so much…it’s very helpful
kalau boleh….buatlah sinopsis keseluruha cerita lain kali…tapi thanks sebab dh buatkan yg mcm ni pon dh membantu….
Terima kasih cikgu atas perkongsian ini. Tahun ni saya PT3,nak buat revision dari tingkatan 1. saya doakan semua calon calon PT3 memperolehi markah cemerlang ye π Doakan untuk saya jugak π
terima kasih kerana memberikan saya maklumat yang bermanfaat.
Terima kasih Cikgu Tangπ
Terima kasih cikgu tan
Best sia
Tak best tapi best
Terima kasih cikgu disebabkan cikgu saya dapat siapkan tugasan yang cikgu saya beri
kenapa ada 26 bab?bukan 25 ke?
saya berasa puas hati atas sinopsis ini walaupun terlalu panjang.
Saya suka tapi saya nak bab 1 tu 700 lebih patah perkataan…
wow menakjubkan lah novel ini
Terima kasih cikgu…… Hanya allah sahaja yg dpt mmbls jasa cikgu
ahh bebehhhh!!!!!!!!!!!!!!!!
sungguh padat dan bermaklumat
Nanti cikgu bole la letak sinopsis supaya senang sikit keja saya