Bermula dari tahun 2021, format kertas Bahasa Melayu SPM telah mengalami perubahan secara drastik selaras dengan pelaksanaan KSSM. Dalam bahagian pembetulan kesalahan jalan bahasa telah berubah secara holistik. Calon tidak lagi menghadapi dalam Soalan 3(c), iaitu kesalahan ejaan dan imbuhan serta Soalan 3 (d), iaitu kesalahan jalan bahasa dan istilah. Sebaliknya dalam format baharu itu, calon perlu menjawab soalan Penyuntingan, iaitu membetulkan kesalahan ejaan, imbuhan, tatabahasa dan penggunaan kata atau istilah dalam satu petikan atau dua petikan . Seterusnya, cikgu cuba memaparkan contoh latihan tersebut rujukan para pelajar Tingkatan Empat tahun ini semoga dapat menghilangkan kegelisahan pelajar atau guru untuk menghadapi soalan tersebut.
Latihan Penyuntingan 1
Petikan ini mengandungi tiga belas kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga belas kesalahan yang terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.
Kumpulan Pengakap itu telah berjaya keluar daripada hutan belantara itu dengan berpandu kompas dan peta yang tersedia. Kesesatan mereka telah masuk hari ke 5. Selain daripada kelukaan calar balar, muka mereka juga kelihatan putih kerana mengalami kelaparan yang serious. Pihak penguatkuasa telah menghantar 150 orang pasukan penyelamatan untuk mengadakan operasi mencari lima mangsa itu. Segala kesilapan yang telah mereka hadapi perlu menjadi pengajaran lain-lain pasukan.
Latihan Penyuntingan 2
Petikan ini mengandungi tiga belas kesalahan Bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga belas kesalahan yang terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.
Sejak kebelakangan ini, pihak berkenaan telah mengadakan pelbagai pekej pelancongan yang menarik untuk menjanakan industri pelancongan di negara kita. Salah satu prodok pelancongan yang menarik ialah eko-pelancongan kerana Malaysia kekayaan dengan sumber alam semula, iaitu di hutan tropika terdapat beribu jenis spesis yang unit. Para pelancong-pelancong domestik dan luar negara pasti akan terpesona pandangan yang indah di negara kita. Alam sekitar yang bersih perlu ditanggung oleh kita agar supaya pelancong akan berulang-ulang datang ke destinasi peranginan di negara kita.
Lihat jawapan di halaman seterusnya.