Categories
Uncategorized

Latihan Pemahaman Petikan Sastera Format SPM 2021

Bermula dari tahun 2021, soalan komsas dalam kertas Bahasa Melayu SPM telah berubah selaras dengan pelaksanaan KSSM. Antologi yang dipelajari hanya boleh menjadi rujukan sahaja dan tidak menjadi bahan peperiksaan secara langsung. Petikan sastera akan diambil daripada pelbagai karya sastera. Oleh itu calon dan guru perlu mengambil perhatian akan hal ini.Berikut ada beberapa petua atau sedikit nasihat hendak dikongsi bersama semoga dapat memberikan manfaat kepada murid dan guru serakan.


Petua 1 Pengetahuan komsas nampaknya tidak diuji lagi, seperti persoalan, nilai, pengajaran, gaya bahasa, teknik plot dan sebagainya. Oleh itu , Murid tidak perlu menghafaz maklumat-maklumat itu ketika menghadapi peperiksaan nanti.

Petua 2 Walaupun petikan puisi moden dan klasik serta prosa moden (mungkin termasuk prosa tradisional) mungkin tidak pernah diajar di dalam kelas, para murid tidak patut panik dan mengambil tumpuan dalam tema bahan-bahan yang diuji itu. Bahan-bahan petikan sastera yang diuji itu pasti mempunyai tema yang hampir sama, seperti isu pencemaran, patriotik, perjuangan kemerdekaan, warga tua, masalah keluarga, perpaduan dan lain-lain lagi. Oleh itu, cikgu bercadang agar murid membaca soalan-soalan KBAT dahulu, iaitu (iii) dan (iv) untuk mengetahui tema yang hendak diuji lalu membaca petikan-petikan sasatera itu dan menjawab soalan (i) dan (ii).

Petua 3 Terseralah markah dalam soalan KBAT (7 markah) lebih banyak daripada soalan pemahaman petikan (5 markah). Oleh itu, murid perlu berlatih untuk membincang, menghuraikan, menganalisis dan mengesyorkan pendapat dalam pelbagai isu semasa untuk menajamkan pemikiran dan berupaya untuk mengemukakan idea yang bernas dan betul serta rasional.

Semoga nasihat yang hendak saya kongsi bersama dapat memberikan manfaat kepada para murid Tingkatan 4 tahun 2020 dan rakan setugas yang sibuk menghadapi PdP yang sentiasa berubah dari semasa ke semasa.


Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Sajak : Aku Membaca lagi

membaca langit

ku mendongak lagi

di dalamnya pohon-pohon kayan rapuh

dahan dan ranting terkulai

daun-daun berguguran

helai demi helai

di lantai tanah airku yang makmur.

Petikan 2

Sungai Ceper semakin hari semakin tohor sehingga air sampai paras buku lali. Ikan-ikan terperangkap dan banyak yang mati kerana tidak boleh main air lagi. Sungai menjadi busuk kerana najis tidak boleh mengalir. Hendak mandi menyelam kepala dalam-dalam pun tidak boleh lagi kerana air Ceper betul-betul tohor.

Ibu mengamuk juga. Dia maki-maki Ceper yang boleh jadi bagitu sehingga menyusahkan semua. Baruh habis kering. Padipun kecut di dalam sawah. Yang sudah menguning boleh jadi tahan-tahan sampai benar-benar tunduk. Tetapi banyak yang belum masuk isi habis kering dan mati menjadi jerami begitu saja. Yang kuning pun nampak saja besar biji-biji padinya, tetapi banyak yang hampa kerana kemarau panjang sangat dan air Sungai Ceper tidak boleh menolong langsung.

Dalam hati ibu memang Ceper itu bedebahlah. Ibu tidak turun ke Ceper lagi kerana airnya sedikit. Ibu berbaik dengan telaga. Meskipun telaga di penjuru tanah kami itu amat dalam, ibu tarik juga tali timba membawa naik air ke atas.

(Dipetik daripada cerpen Ibu dan Ceper oleh Shahnon Ahmad dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berdasarkan bahan 1, apakah yang telah berlaku seperti yang digambarkan oleh penyajak?       [2 markah]

(ii)Berdasarkan bahan 2, Apakah yang telah terjadi kepada Ceper? [3 markah]

(iii)Negara kita semakin maju, tetapi masalah alam sekitar semakin menjadi-jadi. Pada pendapat anda, apakah punca masalah pencemaran semakin menjadi-jadi? [3 markah]

(iv)Pelbagai kempen kesedaran tentang kepentingan alam sekitar telah dilancarkan tetapi pelbagai pencemaran masih berleluasa. Pada pendapat anda, apakah yang patut dilakukan untuk mengelakkan fenomena yang diceritakan dalam kedua-dua bahan tersebut? [4 markah]

Jawapan

(i) Berdasarkan bahan 1, apakah yang telah berlaku seperti yang digambarkan oleh penyajak?

Berdasarkan bahan 1, penyajak telah menggambarkan alam sekitar di negara kita telah terjejas. Tumbuh-tumbuhan telah mengalami kepupusan dan banyak flora telah mati walaupun negara sedang berkembang dengan maju.

(ii) Berdasarkan bahan 2, Apakah yang telah terjadi kepada Ceper?

Keadaan Ceper ialah air sungai Ceper semakin tohol hingga paras buku lali sahaja. Banyak ikan telah mati kerana air sungai terlalu cetek. Air sungai Ceper berbau busuk kerana najis tidak dapat dialirkan oleh air sungai yang sedikit.

(iii) Negara kita semakin maju, tetapi masalah alam sekitar semakin menjadi-jadi. Pada pendapat anda, apakah punca masalah pencemaran semakin menjadi-jadi?

Punca masalah pencemaran semakin menjadi-jadi ialah penerokaan hutan secara berleluasa untuk pertanian dan perindustrian. Perancangan pembangunan tidak teratur. Masyarakat kita tidak ada kesedaran sivik atau tanggungjawab terhadap alam sekitar, iaitu membuang sampah dan melakukan pembakaran secara terbuka. Manusia yang tamak akan keuntungan sanggup melepaskan sisa toksik dan najis ternakan ke dalam sungai.

(iv) Pada pendapat anda, apakah yang patut dilakukan untuk mengelakkan fenomena yang diceritakan dalam kedua-dua bahan tersebut?

Untuk mengelakkan fenomena yang diceritakan dalam kedua-dua bahan tersebut ialah kempen kesedaran tentang kepentingan alam sekitar perlu diadakan dari semasa ke semasa dan secara besar-besaran supaya dapat menarik perhatian orang ramai. Pendidikan tentang cinta akan alam sekitar perlu diadakan di setiap sekolah.  Penguatkuasaan undang-undang perlu diadakan terhadap penjenayah alam sekitar supaya orang ramai tidak lagi mencemarkan alam sekitar. Media massa perlu menyedarkan orang ramai supaya tidak melakukan kegiatan yang boleh menjejaskan alam sekitar melalui iklan, dokumentari, rencana dan berita.

One reply on “Latihan Pemahaman Petikan Sastera Format SPM 2021”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *