Categories
Uncategorized

Latihan Penyuntingan 3 Format SPM 2021

Latihan Penyuntingan dalam bentuk format SPM 2021 boleh juga dikeluarkan dalam bentuk dialog seperti berikut:

Latihan penyuntingan 3

Petikan perbualan ini mengandungi   tiga belas kesalahan Bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga belas kesalahan yang terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.

Hui Ling     : Nathan, cuba membaca berita tentang kes kematian akibat penyakit Covid-19 di negara Indonesia.

Nathan      :Aduh, malangnya banyak mangsa-mangsa  penyakit Covid-19 yang terkorban.

Hui Ling     : Warganegara-warganegara Malaysia patut bersyukur kerana penyakit tersebut dapat dikawal di negara kita di atas kerja sama semua pihak.

Nathan      : Benar, kita perlu mematuhi Standard Operasi Prosedur (SOP) yang kerajaan tetapkan. Kita pun perlu sentiasa memakai penutup mulut dan mengekalkan jarak social  di antara satu sama lain. Jangan sekali-sekala lalai.

Hui Ling     : Kita perlu mengamalkan normal baharu untuk menghadapi wabak yang telah mengubah corak hidup kita.

Jawapan:

  1. Aduh – Aduhai
  2. Banyak mangsa-mangsa  – banyak mangsa
  3. Terkorban. –  terkorban!  (kesalahan tanda bacaan ini pernah dikeluarkan dalam SPM )
  4. Warganegara-warganegara – warganegara
  5. Di atas – atas
  6. Kerja sama – kerjasama
  7. Standard Operasi Prosedur – Prosedur Operasi Standard (kesalahan dari segi hukum DM, SOP ialah singkatan daripada bahasa Inggeris)
  8. Kerajaan tetapkan – ditetapkan oleh kerajaan
  9. Penutup -pelitup
  10. Social – sosial
  11. Di antara – antara
  12. Sekali-sekala  – sekali-kali
  13. Normal – norma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *