Categories
Uncategorized

Latihan bahasa Melayu standard 2 dan 3

Latihan Bahasa Melayu Standard    2

Maka oleh Seri Amerta kata Tun Perak itu semuanya dipersembahkan ke bawah Duli Yang Dipertuan. Maka baginda pun tersenyum, seraya bertitah, “Benar seperti kata Tun Perak itu.”

Maka diambil sirih dari puan baginda, disuruh berikan kepada Tun Perak. Maka titah baginda kepada Tun Perak, “Bahawa Tun Perak tiada patut diam di Kelang lagi; baiklah Tun Perak diam di negeri ini.”

(Petikan daripada Prosa Tradisional Burung Terbang Dipipi Lada , antologi Sejadah Rindu)

Jawapan:

Seri Amerta pun menyembahkan  kata-kata yang disampaikan oleh Tun Perak kepada Duli Yang Dipertuan. Baginda pun tersenyum sambil bertita, “kata-kata Tun Perak itu memang benar”.

Setelah itu, baginda mengambil sirih dari bekas sirih itu /puan sirih lalu menyuruh orang untuk menganugerahkan sirih itu kepada Tun Perak. Baginda bertitah kepada Tun Perak, ” Tun Perak tidak patut berada/ tinggal di Kelang lagi, sebaliknya lebih elok berada di negeri Melaka.

Latihan Bahasa Melayu Standard 3

Syahadan lalu  berkhabar   Sultan Muhammad Zainuddin, “Jikalu ada ampun serta kurnia suka reda Seri Paduka Kakanda,  adinda hendak membawa pulang ke Matan, Seri Paduka Adinda Ratu serta dengan  anak laki-laki dan perempuan  sekaiannya.

Maka dijawab oleh Sultan Banjar, “Baiklah itu sahaja, ada yang sudah berlaki, ada yang sudah berbini dengan orang Banjar itu.”

(dipetik daripada Hikayat Opu Daeng Menambun  dalam buku antologi Dirgahayu Bahasa m.s. 86)

Jawapan:

Selanjutnya,   Sultan Muhammad Zainuddin pun bertitah “Jika mendapat kurnia dan ampun daripada Seri Paduka Kakanda,   adinda hendak membawa Seri Paduka Adinda Ratu dan semua anak lelaki dan perempuan untuk pulang ke Matan.

Sultan Banjar pun bertitah, “Baiklah perkara itu, apatah lagi ada pula sudah bersuami dan beristeri dengan orang Banjar itu.

Leave a Reply