Categories
spm2021

Latihan bahasa Melayu Standard format SPM 2021

Dalam bahagian latihan ini calon akan diuji dalam bentuk prosa tradisional, ujaran atau bahasa pasar serta cakap ajuk kepada bahasa Melayu baku / standard. Di sini, cikgu akan cuba menghuraikan teknik mengubahsuaikan bahasa klasik atau bahasa tidak baku itu kepada bahasa Melayu baku. Jika petikan itu ialah prosa tradisional, murid hendak mengenal pasti kata-kata yang lazim digunakan dalam bahasa klasik seperti maka, arakiah, hatta, syahadan, alkisah dan sebagainya. Kata-kata tersebut mesti dibuangkan dan tidak boleh menyalin kata-kata tersebut dalam bahasa Melayu standard. Dalam bahasa klasik, sering terdapat ayat songsang yang tidak normal, seperti “meminta nangka sebiji” sepatutnya “meminta sebiji nangka”. Seterusnya, cikgu telah menyediakan latihan untuk murid serta rakan setugas sebagai rujukan atau berkongsi idea.

Petua: Calon tidak boleh mengubah struktur ayat bahasa klasik itu, terutamanya ayat dalam bentuk cakap ajuk perlu dikekalkan. Selain itu, bahasa istana perlu dikekalkan, seperti bertitah, berkenan, daulat tuanku, ampun tuanku, bersemayam, berangkat, murka, bersiram dan sebagainya.

Latihan Bahasa Melayu Standard 1

Hatta diceterakan oleh orang yang empunya cetera ini tatkala Inderaputera berjalan itu maka ia pun bertemulah dengan Tasik Semendera Jin namanya. Maka dilihat oleh Inderaputera dari jauh ada suatu tasik maha besar seperti laut rupanya. Maka fikir Inderaputera , “Laut apakah ini gerangannya?”

(Petikan daripada Dua Geliga Hikmat dalam buku antologi Digarhayu Bahasa)

Jawapan: Menurut cerita yang disampaikan oleh pemilik cerita/ tukang cerita / pelipur lara itu, apabila dalam perjalanan,  Inderaputera telah menemukan sebuah tasik yang bernama Tasik Semendera Jin. Dari jauh, Inderaputera mendapati bahawa tasik itu sangat besar seperti laut. Pada fikiran Inderaputera, “kemungkinan itulah laut.

Leave a Reply