Categories
spm2021

Latihan bahasa Melayu Standard format SPM 2021

Dalam bahagian latihan ini calon akan diuji dalam bentuk prosa tradisional, ujaran atau bahasa pasar serta cakap ajuk kepada bahasa Melayu baku / standard. Di sini, cikgu akan cuba menghuraikan teknik mengubahsuaikan bahasa klasik atau bahasa tidak baku itu kepada bahasa Melayu baku. Jika petikan itu ialah prosa tradisional, murid hendak mengenal pasti kata-kata yang lazim digunakan dalam bahasa klasik seperti maka, arakiah, hatta, syahadan, alkisah dan sebagainya. Kata-kata tersebut mesti dibuangkan dan tidak boleh menyalin kata-kata tersebut dalam bahasa Melayu standard. Dalam bahasa klasik, sering terdapat ayat songsang yang tidak normal, seperti “meminta nangka sebiji” sepatutnya “meminta sebiji nangka”. Seterusnya, cikgu telah menyediakan latihan untuk murid serta rakan setugas sebagai rujukan atau berkongsi idea.

Petua: Calon tidak boleh mengubah struktur ayat bahasa klasik itu, terutamanya ayat dalam bentuk cakap ajuk perlu dikekalkan. Selain itu, bahasa istana perlu dikekalkan, seperti bertitah, berkenan, daulat tuanku, ampun tuanku, bersemayam, berangkat, murka, bersiram dan sebagainya.


Latihan Bahasa Melayu Standard 1

Hatta diceterakan oleh orang yang empunya cetera ini tatkala Inderaputera berjalan itu maka ia pun bertemulah dengan Tasik Semendera Jin namanya. Maka dilihat oleh Inderaputera dari jauh ada suatu tasik maha besar seperti laut rupanya. Maka fikir Inderaputera , “Laut apakah ini gerangannya?”

(Petikan daripada Dua Geliga Hikmat dalam buku antologi Digarhayu Bahasa)

Jawapan: Menurut cerita yang disampaikan oleh pemilik cerita/ tukang cerita / pelipur lara itu, apabila dalam perjalanan,  Inderaputera telah menemukan sebuah tasik yang bernama Tasik Semendera Jin. Dari jauh, Inderaputera mendapati bahawa tasik itu sangat besar seperti laut. Pada fikiran Inderaputera, “kemungkinan itulah laut.


Latihan Bahasa Melayu Standard 1

Hatta diceterakan oleh orang yang empunya cetera ini tatkala Inderaputera berjalan itu maka ia pun bertemulah dengan Tasik Semendera Jin namanya. Maka dilihat oleh Inderaputera dari jauh ada suatu tasik maha besar seperti laut rupanya. Maka fikir Inderaputera , “Laut apakah ini gerangannya?”

(Petikan daripada Dua Geliga Hikmat  dalam buku antologi  Digarhayu Bahasa)

Jawapan: Menurut cerita yang disampaikan oleh pemilik cerita/ tukang cerita / pelipur lara itu, apabila dalam perjalanan, Inderaputera telah menemukan sebuah tasik yang bernama Tasik Semendera Jin. Dari jauh, Inderaputera mendapati bahawa tasik itu sangat besar seperti laut. Pada fikiran Inderaputera, “kemungkinan itulah laut.

Categories
spm2021

Latihan Penyuntingan format SPM 2021

Bermula dari tahun 2021, format kertas Bahasa Melayu SPM telah mengalami perubahan secara drastik selaras dengan pelaksanaan KSSM. Dalam bahagian pembetulan kesalahan jalan bahasa telah berubah secara holistik. Calon tidak lagi menghadapi dalam Soalan 3(c), iaitu kesalahan ejaan dan imbuhan serta Soalan 3 (d), iaitu kesalahan jalan bahasa dan istilah. Sebaliknya dalam format baharu itu, calon perlu menjawab soalan Penyuntingan, iaitu membetulkan kesalahan ejaan, imbuhan, tatabahasa dan penggunaan kata atau istilah dalam satu petikan atau dua petikan . Seterusnya, cikgu cuba memaparkan contoh latihan tersebut rujukan para pelajar Tingkatan Empat tahun ini semoga dapat menghilangkan kegelisahan pelajar atau guru untuk menghadapi soalan tersebut.


Latihan Penyuntingan 1

Petikan ini mengandungi tiga belas kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga belas kesalahan yang terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.

Kumpulan Pengakap itu telah berjaya keluar daripada hutan belantara itu dengan berpandu kompas dan peta yang tersedia. Kesesatan mereka telah masuk hari ke 5. Selain daripada kelukaan calar balar, muka mereka juga kelihatan putih kerana mengalami kelaparan yang serious. Pihak penguatkuasa telah menghantar 150 orang pasukan penyelamatan untuk mengadakan operasi mencari lima mangsa itu. Segala kesilapan  yang telah mereka hadapi perlu menjadi pengajaran lain-lain pasukan.


Latihan Penyuntingan 2

Petikan ini mengandungi tiga belas kesalahan Bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga belas kesalahan yang terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.

Sejak kebelakangan ini, pihak berkenaan telah mengadakan pelbagai pekej pelancongan yang menarik untuk menjanakan industri pelancongan di negara kita. Salah satu prodok pelancongan yang menarik ialah eko-pelancongan kerana Malaysia kekayaan dengan sumber alam semula, iaitu di hutan tropika terdapat beribu jenis spesis yang unit. Para pelancong-pelancong domestik dan luar negara pasti akan terpesona pandangan yang indah di negara kita. Alam sekitar yang bersih perlu ditanggung oleh kita agar supaya pelancong akan berulang-ulang datang ke destinasi peranginan di negara kita.

Lihat jawapan di halaman seterusnya.